Tuesday, 7 February 2012

ways to interact with Allah

assalamualaikum.

when i was reading my favourite blog..suddenly my heart stop beating. cito lebeh. tiba tiba i tersekat. i mean, macam terdiam. terfikir dan termenung dengan tiba tiba..(tersekat?) haha

itu sebabnye, i terjumpa sesuatu yang menarik dan interesting for me to know. (menarik=intersting)

this is the link. from the, again, my fav blog, penulis.sahaja. i tertarik pada ayat yang paling bawah sekali. and yang paling kecik sekali tu.

'//bila kau selalu berinteraksi dengan Tuhan, kau akan rasa yang dia ada dekat dengan kau. Kau nak buat salah pun segan-segan. Serius. Tak percaya? Silakan selalu interaksi denganNya.'




berinteraksi dengan Tuhan..that's what i mean. walaupun, i guess, orang pandang ayat ni cam biase dengar, i pon actually. tapi tetiba i terpikir.. macam mane eh? then, otak terus berjalan, memikir. macam mane? nak berinteraksi? yela, i kena la pikir. i'm not good dalam hal hal macam ni. and i need someone to guide me. i mengaku..

oke.teroskan.so.. berinteraksi tu dalam otak i, macam berkomunikasi lah. but not berkomunikasi. its like saling memberi respond? am i right? betolkan kalau i salah..

sebagai manusia, kadang kadang kita ade waktu kita senang dan susah. and most of us akan berdoa kalau dalam waktu susah, atau untuk meminta sesuatu, but jarang mengingat Allah dalam waktu senang.. most of the people la. yang tak tu, tak la. i just kate MOST. and sometimes, lepas kita berdoa tu, kita tak dapat ape yang kita hajatkan. banyak sebab. one of them, is sebab kita macam sambil lewa. and takde feel dalam berdoa. contoh, hari hari kita doa kita faham dalam study or classes, but kita doa just macam tu je. then bila tak dapat apa yang kita nak..mula lah nak macam macam kan..?

that's what i mean..macam mane caranya yang betul untuk kita rase dekat dengan Allah, bersama dengan Allah, and ber-connect denganNya tak kira mase ? bila kita doa, kita yakin dan tawu Allah tengah dengar, akan respond dengan kita, then kalau tidak dikabulkan, maybe kita akan rase 'oh..maybe ni just ujian untuk aku, or maybe inilah yang terbaik untuk aku'

the feel Allah ade dengan kita setiap mase macam tadi, sampai kita rase segan untuk buat salah...macam mane kita nak betul betul dapat berinteraksi denganNya supaya kita selalu rase dekat denganNya?





i pernah bace one novel, penulisnye Hlovate. tittle novel tu 'Versus'. and it's about people yang nak berubah. mula mula i ade rase macam..oke... mesti novel ni cam banyak membebel. cam boring la. but lame lame, i rase cam betul! betul ape yang novelist tu cube sampaikan..

    ''benda-benda basic macam..." AO menengadah langit. "...kena cukup solat lima waktu sehari semalam, kena faham maksud Quran, tak boleh redah masuk club sesuka hati, masuk panggung wayang, kena jaga aurat, kena jaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.... benda-benda tu kalau nak diikutkan, pelik bagi aku sebenarnya." jujur dia menuturkan.


    "kenapa kau cakap macam tu?"


    "kalau nak diikutkan memang aku tau je  benda-benda tu tak boleh buat. belajar je pasal benda-benda tu waktu sekolah waktu Pendidikan Islam zaman sekolah dulu." AO hanya mengangkat bahu. "tapi sebab benda-benda yang aku sebut tu macam memang dah jadi norm kat Malaysia. tak rasa salah sebab memang hampir semua orang buat. bukan jadi isu kalau tak ikut hukum pun. kalau lifestyle aku dulu memang tak payah nak cakap apa la. padahal semua orang tau je pasal syurga, pasal neraka. nak ikutkan semua pernah je belajar kalau tinggal solat tu masuk neraka, kena seksa. tapi pelik kenapa memang selama ni tak pernah rasa apa-apa. tak ada rasa takut ke... bersalah ke..."



    Hairi angguk. "realiti masyarakat." ujarnya pendek.


    "Agaknya sebab dah jadi norm dalam society agaknya yang sampai aku pun tak rasa benda tu isu besar." AO seolah-olah menuturkan pada diri sendiri. "padahal bukan benda yang memang semua orang buat tu semestinya betul." dia kemudian menghela nafas panjang. "tapi tu la. susah sebenarnya nak ubah benda yang kita memang dah faham macam tu. susah nak ubah benda yang kita dah biasa. tau pasal syurga neraka pun kita sekadar tau ikut dengar angin lalu je la. tak basah pada hati."


    "it's normal untuk larut dengan majoriti." Hairi mengukir senyum segaris. "betul la apa yang kau cakap tu. tapi tu bukan alasan untuk kita jadi lalang bergoyang kiri kanan dengan hanya ikut orang. hukum Tuhan tu memang dah nyata, kan? hukum Tuhan kata walaupun kita ended up jadi orang yang terasing, memang so be it la sebab Islam tu datang dalam keadaan dagang. dan apabila dunia dah nak sampai ke hujung pun akan jadi dagang jugak."

benda yang i nak relate dengan entry ni ialah apabila kita takde rase bersalah, takde rasa takut dan segan untuk buat salah. mentaliti masyarakat. and bila kita dekat dengan Allah, berinteraksi dengan Allah selalu, perasaan malu, pada Allah, pada diri sendiri tu akan ade.

okay, back to the main point, about cara untuk berinteraksi dengan Tuhan.

so.. what i do is..text kawan kawan ku lah. ha... i pon tanye dorang. macam mane cara untuk berinteraksi dengan Tuhan?

and see what i got, kebanyakannya jawab, solat.. solat kot.. solat istikharah.. qiyam(khusyuk).. doa.. and, i guess tu je. yang lain tak nak reply my text. takpe.. takpe...ingat aku main main ke tanya soalan tu?!

disebabkan jawapan jawapan yang tidak begitu supportive, i pon google lah. and i manage to find two good articles about this case.

1) berinteraksi dengan Tuhan melalui kehidupan. klik link untuk artikel penuh.

Seseorang hamba yang mengadu masalahnya kepada Allah s.w.t. dalam rangka untuk menzahirkan kelemahan dirinya kepadaNya berbeza dengan seseorang yang mengadu kepada Allah s.w.t. akan masalahnya dalam bentuk membangkang ketentuanNya.

Adapun seorang hamba yang mengadu masalahnya kepada Allah s.w.t. dalam rangka untuk menzahirkan kelemahan diri kepadaNya, tujuannya hanyalah untuk menzahirkan hakikat diri yang "lemah" dan sentiasa memerlukan bantuanNya dalam menghadapi ketetapanNya, sedangkan orang yang merungut di hadapan Allah s.w.t. mengenai ketentuanNya ke atasnya bertujuan untuk menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap ketentuanNya yang tidak mengikut kehendak dan keinginan nafsu dirinya.

Adapun takkala dia ditimpa sesuatu yang menyenangkan diri dan nafsunya, samada kesenangan dalam bentuk kebendaan, rezeki, jodoh dan sebagainya, maka dia akan menzahirkan rasa kesyukuran kepadaNya dengan mengembalikan segala kebaikan yang didapatinya kepada Allah s.w.t., bukan menyandarkan kebaikan tersebut kepada usaha dirinya sendiri.

Inilah nilai kehambaan yang agung dalam diri seseorang manusia, di mana dia sentiasa berasa menghargai setiap kebaikan dalam kehidupannya kerana menghayati bahawa semua kebaikan adalah daripada Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pemurah.

Dengan rasa syukur tersebut, maka Allah s.w.t. menganugerahkan makrifatuLlah (mengenal Allah s.w.t.) kepadanya, dan menganungerahkan kefahaman tentang rahsia-rahsia muamalah Allah s.w.t. dalam segenap kehidupannya. Inilah kelebihan daripada sifat syukur yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. yang berfirman dengan maksud: "jika kamu bersyukur, Aku akan tambah buatmu akan nikmat"… Penambahan nikmat yang agung adalah, kefahaman tentang hakikat diri, hakikat kehidupan dan hakikat ketuhanan Allah s.w.t. dalam kehidupannya seharian. (muamalah-interaksi)


senang nak faham la, bila kita ditimpa kesusahan, kita akan berdoa kepada Allah, sebagai seorang hamba yang lemah, mintak sesuatu yang terbaik untuk kita, lebih baik daripada mintak apa yang kita nak. dan terima dengan hati yang terbuka.

and bila kita senang, kita bersyukur. and jangan pikir yang kesenangan yang kita dapat tu sebab kita je, cuz it's from Him. Dia boleh bagi dan amek balik kesenangan tu bila bila mase. and bila kita ade dua tu, sabar and syukur, that's when He gives us this. the feel.

        'maka Allah s.w.t. menganugerahkan makrifatuLlah (mengenal Allah s.w.t.) kepadanya,'


2) berinteraksi dengan Tuhan melalui tafakkur. klik link untuk artikel penuh
Tafakkur menurut istilah adalah memahami ayat-ayat Allah melalui penciptaannya, Hal ini dipertegas Allah SWT dalam firmannya "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring seraya memikirkan tentang penciptaan Allah di langit dan di bumi (TAFAKKUR) kemudian berucap maha suci Engkau ya Allah tiadalah apa yang Engkau ciptakan ini sia-sia maka peliharalah kami dari azab neraka ( QS Ali Imron : 190-191 )

Dari ayat tersebut ada pesan yang ingin Allah SWT sampaikan melalui Tafakkur yaitu ;
1. Merasakan keberadaan Allah setiap saat
2, Dapat mengagungkan kebesaran Allah
3..Adanya keyakinan apapun yang diciptakan Allah tidak ada yang sia-sia semua bermanfaat
4 Timbul rasa syukur kepada Allah
5.
Tertanam rasa takut kepada Allah karena khawatir tidak dapat bersyukur kepadaNya
dan berusaha menghindari berbuat dosa dan maksiat

and dalam artikel penuh, tafakkur terbahagi kepada banyak perkara.. cara untuk mengingati Allah ade banyak. macam bace Quran, menganggap kerja sebagai ibadah. yang penting niat. kerana Allah.

and lastly, pada pendapat i, semua jawapan jawapan yang i dapat dari kawan kawan i tu sumenye betul. cuz memang banyak benda yang kita boleh buat untuk berinteraksi dengan Allah. sama ada doa, solat, bace quran, tafsir or ape ape je, ASALKAN kita ikhlas. and niat kita hanya untuk bertaubat walaupun beribu kali, hanya untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. but for me, the best is when you do all of that alone. so that u all boleh hapuskan rase riak and ujub dalam hati.

bila kita memang ikhlas nak berinteraksi dengan Allah, beribadah untuk Allah, mengadu dan bersyukur kepada Allah, insyaAllah, Dia akan berinteraksi balik dengan korang. korang akan rasa sesuatu yang orang lain tak rase. sesuatu yang datang dari Dia. insyaAllah.

and i memang sangat setuju dengan article yang pertama tadi, i galakkan korang bace citer penuh dye. cuz memang. korang akan rase lebih dekat dengan Allah. waktu susah. sebab tu Allah bagi kita kesusahan, sakit sume tu.. kerana kita lalai mase kite senang.sebab tu manusia ni memang kena kasi peringatan. beribu ribu kali peringatan. cuz nobody's perfect. memang kena kasi nasihat berulang ulang kali. hari ni nasihat, harini stop. esok buat lagi. same goes to me.

and please, don't say this again ' dosa aku aku tanggung lah, bukan kacau hidup kau pon! ' cuz indeed u are ruining others lives. study and understand that before u talk.please.



and Allahualam.
 peaceeee:)

p/s: jika ade sebarang kesilapan, i'm sorry. and dipersilakan email me at hitam_gelap01@ymail.com for any pembetulan fakta or cadangan.