kereta bergerak laju menuju ke KL. hari sudah petang. aku masih dilamun mimpi. walaupun badan bergegar seribu, kepala terhantuk hantuk di cermin kereta. namun sedikitpun tidak mengganggu tidurku.
' jom,berhenti kejap kat sini, ala, jarang jarang je..' terdengar suara mama.
kereta yang dipandu baba bergerak semakin perlahan. apabila tayar kereta sudah berhenti berpusing dan air-cond di dalam kereta juga seperti sudah bersara dari tugasnya, aku membuka kelopak mata sedikit demi sedikit. otak mula bertugas mencerakinkan apa yang sedang berlaku pada waktu itu. namun aku masih lagi tidak mengecam tempat itu. kenapa berhenti kat sini pulak?
mama membuka pintu kereta bahagian depan. baba juga sudah keluar dari kereta.
' bangun, air terjun, kita duduk duduk je kejap, nak tak?' tanya mama dari luar. aku terus membetulkan selendang dan terus keluar. dah la jarang dapat melepak dengan family camni, dah alang alang stop kat sini, mestilah nak jugak rehatkan otak ni.
niat dihati tidaklah mahu bermain air di hilir Sungai Yu itu. orang pun nampaknya tak ramai. kelihatan beberapa orang budak lelaki bermain di gigi air ( gigi air sesuai ke? ) . dan dua orang lelaki sedang mandi di hujung tebing tak jauh dari tempat kami duduk. siap dengan sabun dan baldi lagi tu. aku sudah mulai bosan walaupun duduk tidak sampai 1 minit . jadi aku terus melipat sedikit kaki seluar jeans yang agak besar itu sehingga paras lutut. alah, bukan ramai orang pon kat sini.
mula mula aku hanya berjalan jalan di dalam air yang hanya separas peha itu. aku tidak kisah seluarku itu basah kerana aku masih ada satu lagi spare dalam beg dalam kerata. tetapi aku masih berkira kira bagaimana kalau bajuku pula yang basah kerana aku memang tiada lagi baju lain kerana semuanya kotor..
tiba tiba terlihat satu tali yang sedang berayun tergantung dari ranting pokok besar.
'weh, jom pegi kat tali tu..gayut? '
hehe. korang tak boring ke bace cerita aku yang perasan nak jadi novelis ni? dah laaaah. s t t p.. straight to the point je lah!
camni.. aku terus ajak adik laki aku tu pegi kat tali tu lah. nak gayut la apa lagi.. nape? aku memang tak malu. kesah?
and kat situ memang dalam la jugak. paras pinggang aku.. tapi aku pendek. so, bagi aku dalam la jugak. adik aku tinggi banyak dari aku. lek la. baru 2 tahun beza. standard ahhh.. then dia gayut. then 'bush' terjun dalam air tu. k. pastu aku pulak gayut. then 'bush' terjunan tak jadik... that's me. ni sume sebab seluar jeans yang berat tu. and selendang and sume ni. baju aku dah abeh basah. sebab nak gayut.....( terjunan tu bukan terjunan sangat pon.. just lepas tangan dari tali gayut tu je lah, ala, cito mesti la gempak, u alls ni la..)
seluar jeans tu, jap aku lipat, saat tu jugak dye turun. tapi aku tak kisah.. abang berdua kat sane tu, tengok sengih sengih je kitorang gayut. gelakkan aku? taaaak...dah kitorang terjun, kitorang pon gelak la, dorang pon gelak la jugak. malu? agak la..tapi time tu cam aku pikir, alaaah, aku ni bebudak lagi pon, blom wanita, just a girl, so what? muka aku pon takde lah nak ayu ayu so, lantaqqq lah. ngan selendang selendang hape sume.haha
lepas dah gayut gayut tak jadik jugak, aku pon dah malas dah, so, just jalan jalan, dalam air tu, memang berat gila lah kaki aku tu nak langkah. air paras pinggang. then mase aku tengah langkah tu, adik aku ade kat sebelah aku, terpijak satu tempat cam tanah dia lembik la. aku dah pijak kat situ, tapi aku undur la. adik aku terus pegi. and guess what? tempat tu dalam. memang dalam.
cuba bayangkan, dalam dua tiga langkah je, tanah dye dah jatuh. i mean. dalam. masalahnye orang tak tawu.. jalan jalan je terus dalam. adik aku tinggi, takpe lagi. tapi, aku pon tetiba datang pulak rase gelenya dye kan. gelenya tu cam mengade la. aku pon ikot adik aku. tapi tak sampai lagi kat dye, aku rase cam tak selamat, so, aku nak undur balik. tapi nak undur, tak boleh.
aku langkah lagi, nak pegi balik kat tanah tinggi. tapi tanah licin. bila pijak, tanah tu gerak. gerak lagi. and aku cam hamster yang lari nak naik roller tu tapi langsung tak berganjak pon. jalan lagi, tapi still kat tempat same. then aku panggil adik aku. aku dah kebelakang. lame lame kebelakang balik. air makin tinggi. makin tinggi paras bahu aku.
aku pegang lengan adik aku. suara slow gelabah tak menentu, aku cakap aku nak tenggelam. adik aku tolak aku arah tanah tinggi tu. aku dah jadi gelabah tetek la katakan. takot siot. cam panik gila. apa dah jadi ni!! lagi dye tolak tolak aku, lagi kebelakang la dye kan. physics. lagi dye kebelakang, then air makin tinggi. i mean, both of us. dye tolak aku pon dah takde effect.
dye pulak asyik suruh aku berenang je. 'berenang la wei, takkan dah tak reti berenang!' suara slow je. takot. yela. aku yang masalah sekarang. dye dalam mane pon boleh berenang. air mase tu memang tinggi gila dah. kepala dah tenggelam, kaki tak cecah tanah. yang aku boleh buat mase tu just gerak gerakkan kaki nak terapungkan diri. bila kepala terapung, aku just boleh cakap aku tak boleh. pastu tenggelam balik. terapung balik, aku cakap balik aku tak boleh.
yela, seluar jeans aku tu berat la, lipatan tu sume abih terbukak la bengong!!!!! kalau boleh aku nak cakap macam tu mase tu tapi memang tak sempat.haha.
adik aku memang kesian.haha. aku tenggelam, dye pegang. aku tolak, dye lak tenggelam. haha. then, dye cam nak jadi hero of the day la kunun, pegang aku, then, masok air nak berenang sambil bawak aku kat tebing terus. tapi malangnya, dye tak rak. dye pon dah jadi cam hamster tadi. berenang berenang pon tak ke mane. bukan sebab aku berat, sebab makin dalam air tu, makin deras. and kitorang memang tak dapat lawan arus time tu.
but, yang aku tawu, kitorang tak bising time tu. dah nak hanyut pon, still tak jerit. haha.aku serius.
then, yang aku tawu, tengah tengah aku dah pasrah tu, tiba tiba aku nampak salah sorang abang tadi kat sebelah aku. tiba tiba. bukan tadi dah kemas kemas nak balik ke? tak sedar ape dah bila dye ikot serta ngan kitorang nak dibawak arus. yang aku ingat, dia tarik lengan baju aku, sambil berenang. and waktu tu, aku still pasrah. cam, 'boleh ke dye ni tarik aku ni?' *cehceh*
dye ngan adik aku dua dua try nak save aku.haha.*cehceh*
memula, dye amek mase gak la nak tarik aku. susah gak eh.. mase tu memang aku gelak dalam hati la.. pastu tarik tarik pon tak jadi, pastu dye terus pegang lengan aku kuat gila dye tarik, aku pon cam terkejut.
then, aku dah kat tebing tempat dye tadi. oke. tudung aku abeh basah. serabai nak mampuss. aku tengok adik aku dah sampai tebing tempat kitorang turun tadi. then kalih kalih, abang tu dah naik. ala.. tak sempat nak kate pape. aku just senyum je kat dye dari jauh. tapi takde lah rase ape hati aku memang rase takot je. tu je. takot ayah aku.. aku terus pandang ayah aku, mak aku time tu pandang aku ngan biji mate dye terjojol.haha. (dye bukan mate luas luas la)
mak ayah aku duk agak jauh la daripada tempat aku ni.. bila sampai kat mak aku, memang ah, membebel gila ah. ayah aku tak nampak, dye tengah tengok gamba dalam kamera. so selamat. kalau tak aku rase memang dye dah paksa aku lemas lagi sekali dalam air tu. huih. nak gugur jantung. gila ahhh. first time kot..
mak aku, sambil bebel, suh aku terus naik, balik! aku, senyum je. sambil menggigil.tu dia, gigil lagi tu, seminit gigil. trauma punya pasal.
dah. aku penat. nak tumbuh dah muscle kat jari aku ni menaip.
okay. last. ni last perenggan. last last aku tawu yang abang yang selamatkan aku tadi tu, rupa rupanya driver lori je yang singgah nak mandi kat sungai tu. haha. agak disappointing la. sebab expect hero yang tough and hensem je ye dak? paling koman pon dapat la contact number..haha. eleh, at least ade la jugak abang yang nak selamatkan aku. korang ade?
p/s: okay. memang aku malu. hahahahaha!
mood: aku kau. kite maen i you lain kali je lah yeee