Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, 2 May 2012

didie bt eddie 4

Assalamualaikum!

sebenarnya post bawah tajuk 'didie bt eddie' ni just untuk my cat, didie. tapi since i ada cerita lain jugak pasal cat ni, i masukkan sekali lah bawah tajuk ni :)

kelmarin, masa i tengah jalan jalan tepi kedai ngan mak i kat bandar tanah merah yang sangat panas dalam pukul 4 macam tu, dengan peluh mengalir laju kat belakang badan...actually tengah cari kedai untuk fax something. pastu..jeng jeng jeng jengggggg!

i ternampak seekor kucing. kalau kucing tu tengah tutup mata pastu badan dia lembik semacam kan, pastu panjang semacam, memang dia melunjur habis la, memang dia tidur nyenyak la kan, tapi, tetiba i rasa macam serious eh, tak tipu, i rase sedih gila tengok kitten yang kurus gila, tapi colour badan dia, semua lah, sejibik dengan my cat, didie.

i malas nak cerita semua, just nak tunjuk gambar dia. i bawak dia balik umah jaga dia..sebab kesian. i rasa ibu dia dah hilang ke mana. lagi dua tiga hari mampus dia kat situ.

didie sekarang memang jaelous lah. semalam mogok. tak nak makan. pastu, setiap kali nampak kitten tu, dia buat bunyi marah la, ala, sesapa yang ada kucing, mesti dia tahu lah drama macam ni kalau ada kucing baru kat umah.

badan dia kecik gila, kalau pegang mesti rasa tulang dia, kepala besar


ni dia punya muka, mata dia merah, kesian :'(
ni lepas kitorang bersihkan muka dia, sebelum ni memang penuh dengan hingus
and taik mata yang dah kering, keras pulak tu

dia selsema. hingus dia meleleh dari hidung ngan mata. pekat pulak tu. :'(
ni didie. badan dia dah besar. tak muat basket. sekarang ni, kucing baru guna basket dia, dia merajuk.haha

macam ni la dia pandang si kecik tu, terkejut kot, kucing mana la yang merampas hak aku  dalam rumah ni..

tu diaaaa, gambar paling mahal, posing didie. haha


kitorang decide nak bagi nama kitten baru tu, chic.
sebabnya, die ni kitorang jumpa dengan badan yang amat ke-chic (kecik)
sebab kedua, chic (cheek) dia tu gila lah kotor.

p/s: sorry gambar tak cantik. lighting tak betul and kucing kucing ni bukannya boleh duk diam:)

Thursday, 5 April 2012

really really like you @ love truly

seriously. i'm not promoting kpop or anything, but my favourites.

nak tawu sebab ape, tetiba cerita korea ni boleh timbul dalam my blog ni? oh, yang anti korea, please, don't go.

well,watch this first :)


and i suka citer ni sebab hero dia tak pondan. macam hero drama korea sekarang, even ni citer lame (sikit) tapi serious sedih. besides love, it's about family crisis. so, enjoy it.

p/s: ni just ost dia je, kalau berminat, search la youtube yeeeee, 'really really like you' :)

Wednesday, 28 March 2012

culik, lari, masuk paper, game budak budak 1 malaysia

hello?

i tawu.i tawu...tak perlu semua orang pakat nak kutuk kutuk benda yang sama, but still, i nak jugak buat benda yang sama.

kerana imej budak budak perempuan seperti i pon dah tercalar sama akibat perbuatan bebudak yang lari dari rumah. but then mengaku diculik. and telah menggemparkan berita sehingga menenggelamkan berita pasal spm 2011. i don't loike!

i don't understand it. really. diorang ni bukan dah cemar imej gadis gadis comel macam i je, tapi dah mencemarkan imej yeaa '1 malaysia' yeaaa.. najib tak marah ke? bebudak ni dah buat seolah olah 1 malaysia ni tak selamat tau dato seri! ish dato' seri ni.. bila pulak dato' seri nak ambil tahu pasal kes kes macam ni, ni tak, asyik asyik buat ceghita nak kalahkan pas ngan keadilan.. bila nak berubah ni dato?

hehe..oke. kidding.

balik pasal fatihah ngan misteri van putih tu balik, ye anak anak, i harap u dapat bace ape yang i tulis, kalau tak bace pon takpe, khas untuk anak anak lain yang ade niat nak buat hal macam dorang tu..
ye, i pelik. korang tak pernah ke fikir?
fikir je.. bukan susah. fikir jeeee
sampai ke hati korang tengok gamba mak bapak korang masuk dalam surat khabar dengan hidung merah, pastu merayu 'penculik' yang sebenarnya tak pernah wujud pon! sanggup?!
sanggup ke tengok gambar sendiri ditayang dalam paper? tak pikir ke kawan cakap ape, makcik makcik jiran sebelah cakap ape? tak sedih ke? '1 malaysia' ni semua tengah risau pasal kome kat mane laaa, selamat ke, sambil menyumpah nyumpah 'penculik' yang sebenarnya tak pernah wujud pon?! sampai hati??

serious. dalam hati i mase tu dok tengah pandang muka si fatihah tu dalam paper, sayu je, kesian betul budak ni, tapi cuba anda anda bayangkan, bila i tawu dia ni sebenarnya lari je pi rumah pakwe? bayangkan ape perasaan i mase tu?

and i tak paham ape motif budak tu berlakon adegan diculik tu depan adik adik dia? nak bagitawu ape? nak bagitawu mak dia yang dia diculik?

kalau ye pon nak lari, kenapa perlu berlakon diculik?

lagi satu, i hope la, budak budak lain yang ade masalah tension or ape dalam family dia yang pernah berniat nak ikot jejak si fatihah tu, please la, fikir dulu sebelum buat ape ape, fikir, ape yang mak bapak u dapat nanti, malu tau.. and kat mane lagi mak bapak u nak pergi nanti bila '1 malaysia' ni dah tawu yang dorang tak pandai jage anak la apela, please, jaga air muka dorang dan air muka u all!

peace no waaar.kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi!!
bye:)

Thursday, 15 March 2012

romance romantique

anyeong sayo.

hahaha. batak batak korea sekalian, sorry kalau salah eja tuh.haha

hari ini i nak share dengan u all, perasaan i, hati i, apa yang i rase.haha. geli kan? tak? oke bai.
actually, i sangat setuju dengan satu benda ni, sampai i rase i nak sangat tulis benda ni kat sini disebabkan mentaliti masyarakat kita yang tah pape. mentaliti sempit dan sekali lagi tah pape sangat!

it's about romance.. persekitaran romantik antara pasangan. yang bila orang tengok couple tu (bukan couple bercinta je ye, kahwen pon dipanggil couple) bila sesame, orang akan rase 'alahai, romantiknya dorang!'
contohnya, holding hands.. walk together ketat ketat..sandar sandar bahu.. suap suap makan...share drink..and banyak lagi lah, macam tak tawu je -.-
and i sangat pasti mesti u all akan rase macam apa yang i sebut tu agak menggelikan. kalau u all yang  buat yela, tak geli, tapi kalau tengok orang lain buat mesti macam 'eeeii, tak malu'

yes. i pon akan cakap 'eiiii tak malu' kalau tengok kat shopping complex ke mane mane la, bebudak yang baru nak berchenta tu show off depan i peluk peluk la, pegang pegang pinggang la, i akan rase cam wth buat camtu depan orang. macam dia sorang je tengah berchenta! tengah turun eskelator  (betul ke eja dia camtu?) tetiba depan i ade tangan menjalar kat pinggang pompuan tu,  u all agak i nak buat ape? buat bodo jela kan..haha. tapi sakit hatinye bila si pompuan tu pandang pandang belakang tengok i pandang ke tak! what the fuuuuuu.

but what i want to say here is not about that actually. oke. bila kita perhatikan la, kat mane mane, kita boleh cam kadang kadang couples ni dah kahwen ke tak. memang lain. common daaah. mase tengah in love, pegang tangan memang kuat la.haha. tak penat ke? jalan situ sini mesti nak berkepit, nak menyendeng or whatever. memang nampak tengah batak la. pakai tudung ke tak pakai tudung ke same je. takdok beza. tak malu pon. sebab dah normal kot? i'm not talking about the whole community yang bercinta but most of them memang buat camtu. ye. memang ade yang sweet je, jalan malu malu je, tu comel. tapi hak lagi satu tu la yang agak jelik untuk ditengok.

and bile tengok married couple, holding hands.. yup. they are really sweet. longgar. cam bebas je. i tak tahu camane nak cakap but memang ade beza la. hish.

so, yang i perasan, balik kepada mentaliti masyarakat kita tadi la, yang berani show off ke-sweet-an dorang mase jalan same same tu yang batak bercinta je. i pelik kenapa bila dah kawen, tiba tiba rase malu nak peluk peluk malu nak tunjuk kemesraan depan orang. mase bercinta bukan main. dah kahwin hilang sweet dia tu. kenapa?kenapa?

bukan depan orang je, bila dah kawen, dah ade anak, kenapa lelaki ni dah kurang nak manja manjakan isteri? kenapa suami ni just mengada ngada mase nak buat projek je? sorry. kenapa isteri dah malas nak cantik cantik untuk suami kat rumah? kat luar make up, kat rumah selekeh nak mampus! kenapa? dah takde rase romantik antara spouses bila anak anak dah besar dah sekolah dah kerja? sebab dah tua ke? alasan. Rasulullah sendiri still romantik dengan isteri isteri dia, dangan Aisyah, walaupun umur dah 40, 50..

and i memang rase cam 'eh, bodohnya lah aku selama ni'

nak tawu sebab ape?

sebab bila i tengok mak bapak i manja manja depan kitorang, menggedik sesame depan kitorang (anak anak dia) bila mak i merajuk, bapak i nak pujuk dia tu boleh kiss depan kitorang. umur dah 60 and 50. and kadang kadang i rase agak geli and menyampah la sebab diaorang macam show off kat kitorang padahal kitorang ni dah besaq besaq sume, haha. lagipon dorang tu dah la tak muda mane kan..hihi. and yes. jangan pelik kalau tengok bapak i dok menggatal pegang punggung my momma mase tengoh jalan jalan.hahahoho. mak bapak korang ade????

sebab tu i rase i ni bodoh dulu. sebab i menyampah. for me now, it's more sweet la kalau dorang buat camtu tua tua pon. sebab dorang manage to be together like a young couple.

and i rase masyarakat kita patut ubah bende tu. kalau kita pergi kat europe sane, ade je old spouses yang jogging same same kat sane,jalan pegang tangan. mentaliti masyarakat kita : to end a relationship, we must married. sepatutnya kahwen tu untuk memulakan relationship. memulakan sesuatu yang jauh lagi romantik. bercinta balik. tapi, kita, dah puas bercinta, kawen, boring. kawen lagi satu.haha.

conclusion : bercinta lepas kawen kan lagi best? kan?

Wednesday, 14 March 2012

iman post: story story storeyy!!

hai! :)

berapa hari lepas maybe 2 weeks ago, iman ade tengok cwite 'kabhi khushi kabhie gham'. haha. iman tengok ngan my kakak, aisyadam ni and my twin, huda. yea, we are twins.hehe. sebenarnya, mase tengok cwite tuh, ade sorang makcik penyebok, menghalang orang nak feeling! haha, my sepupu, aqilah.

cwite tuh memang sedih giler. huhuhu :'( mane tak sedih, dah pasal keluarga yang lame-lame dyeorg break! dah tak jadi cam keluarga lah, pecah situ pecah sini.. sedih gler sampai leleh. hehe. kakak perasan iman dok kesat mini waterfall, iman plak perasan si huda pon dok kesat mini waterfall jugak. cam lawak an! sekor perasan yang nie, sekor ni plak perasan yang tu!

abih ja cwite tuh, sume gelak! bajet la kan pasal nak cover malu! dushh! kakak merah hidung. pasal tahan mini waterfall yang tak sempat mengalir, mengalir ikut hidung lah jadiknya. teehehe, sory sis, kantoikan awok! iman ngan huda pulak merah mata. kalau lah kat situ ade baldi, mesti penuh tadah mini waterfall kiteorang.hehe. there is one benda yang agak awkward la. sepupu iman die macam iron steel tau x! langsung tak merah mata or hidung.

yang paling tak tahan, kakak ni la pegi cwite kat my abang, adik kakak, pasal iman leleh! tak rase  macam tak patut ke? die cwite iman leleh. nasib la iman baik, tak cwite pon kat abang kakak leleh hidung!  mane lagi terok leleh mata ke leleh hidung? mesti leleh hidung kan? hahaha, gotcha!

sampai sekarang, kiteorg masih lagi terase 'bahangnye'. eceh, iman dah pandai bersastera laa :) kalau tengah cwite-cwite ke borak-borak ke mesti selit jugak pasal cwite hindi ni. hehe.

iman admit, cwite ni agak lame la.. agak tau, agak! tapi still ade lagi CD die, kiteorg beli CD la nak tengok cwite tuh! so, sekarang ni tengah nak cari CD yang kedua pulak.hihi. cwite pirates of the carribean yang duyung tuh.. mase tuh dah beli tapi hilang! menyampah betol la doe orang yang pinjam tuh! yang cetak rompak pon jadi la, asal ade, ye tak? mwaahaha

# panggil iman looks like gedik semacam kan? the truth is, im not gedikss at all. jangan salah sangka yo!

yours sincerely,
iman adik aisyadam :) baru ____ tahun! the one and only iman :)


p to the s from aisyadam a.k.a. the blogger of the blog : gyahaha! best tak budak tu tulis. cam tah pape adelewwww.hahaha. iman cwite itew inew whateverww! budak baghu  nak belajo, biaq pi la megheke tuh. kasi can.huik. wassalam!