Saturday, 18 February 2012

feminina de maturidaa

hola senyorita, por favor!

harus faham, feminina de maturida = feminine and matured = keperempuanan dan matang

one two three start!

macam berlakon la pulak, hikhikhik



Lelaki. Tastenya lain lain. Ade yang suka perempuan yang same species dengannya. Yang agak nakal mestilah akan dapat perempuan yang sama nakal. Tapi kadang kadang kita tengok couples or spouses la biasanya sempurna. What I want to say is, manusia memang dicipta tak sempurna. And bila kita dah jumpa pasangan kita, yes. Yang banyak perangai kontra dengan kita. Kita panas baran, but not him. Kita pemurah. Tapi dia kedekut. Itulah yang menjadikan hidup kita perfect. Dia menyempurnakan life kita yang tak complete. Meneutralkan kelemahan kita.

Tapi yang cilanat nye, I tak tawu ape kaitan mende tu sume dengan ape yang I nak sampaikan dalam entry ini. Humm..dan I pon tak tawu jugak sejak bila I mula guna perkataan cilanat yang huduh tu, memang la.  Tak senunuh langsung!

Actually. Point yang I nak kasi tawu is, pasal perempuan yang matured dan matang which is the same pada maknanya, dan selain matured, feminine. Yang kebanyakan lelaki suka tengok. Suka tengok, tapi taklah suka sangat nak mengorat. Sebab feminin is not sexy walaupun ade je yang feminine and sexeyh but what im trying to say is feminine but not sexeyh. Got it?



Jap. Lap peluh.

Oke about perempuan matang. Matured.. pada pendapat I (macam la penting) perempuan yang matured ni bukan setakat muka je yang matured. Bukan pakaian je yang matured. Tapi termasuklah perangai and sikap dia yang dia tunjuk. Perempuan gedik tu matured ke? Naaah.. of coure not. Sekali lagi, pendapat I, perempuan matured ni ialah perempuan ade ciri ciri orang dewasa. Tak kecoh. Diam je.. Bukan exactly diam je macam orang pendiam tapi dia just cakap apa yang perlu dan penting. No big talk. Tak ade rase perlunya untuk berbual pasal artis kPop. Tak perlu gelak kuat kuat di khalayak ramai *terasa* . Tak perlu update status di Fb cakap I miss u kat pakwe sagala. Senang cakap yang memelihara kehormatan diri leww.*terasa*

Lap peluh lagi.sorry.

And about the feminine thing. Yang I tahu, feminine is gaya. Gaya pakaian, gaya cakap, gaya duduk, gaya jalan, gaya tulis *hehe* gaya malu, gaya dia lah.  Apa apa yang dia buat dapat menunjukkan sama ada dia feminine atau tak. Sama ada dia suka make up atau tak (tapi tak semestinya girls without make ups tak feminine, ni contoh je) sama ada dia jalan cat walk with high heels or jalan terkangkang dengan selipar jepun je, sama ada dia duduk silang kaki alahai atau duduk cara tak senunuh macam pengkid, sama ade dia malu tunduk muka atau dia tiba tiba tukar topic lain wat gamat suasana, kita boleh tengok dia suka pink or dia suka warna black metal..





BUT!

But. Yang paling penting is di dalam. I malas la nak cakap ayat biasa yang kita dengar, “yang penting dalam, hati tu” not that. Tapi yang paling penting is not to be hypocrite. Depan orang macam tu, belakang orang lain. Depan pakwe, u sory lah! Muka manis, duduk sopan, tunduk je muka tuuu.. aduhai! Pakwe dah blah, baru Nampak taring. Contohnya kat rumah la. Tak manis la orang kate. Ko makan berdiri *terasa* minum berjalan *terasa* tangan kotor, jilat pastu lap kat seluar *err,tak terasa*

So, bila dah kawen nanti, awak awak semua mestilah tak elok buat perangai macam tu kat suami. Bukan nak suruh berpura pura, but change your dirty habit, change your bad, change yourselves. Kadang kadang orang kate, “I’d rather be myself” “buat ape nak tukar diri kita,just be the real me lah” *terasa* tapi sebenarnya. Try bukak minda. Open your mind. Tak salah kot kalau kita tukar perangai kita yang buruk. Tak salah kalau kita tinggalkan habit buruk kita walaupun menda tu sume memang dah sebati dalam hidup kita.

I bukan nak suruh semua perempuan bertukar puff jadi matang dan feminine, tapi untuk menjadi normal at least. Sebelum anda anda boleh digelar matured dan feminine itu, baik anda anda dan juga saya betulkan diri kita ni daripada sifat childish dan kejantanan. Bagi yang begitu la.

Ape aku cakap ni…..aduhai

takpe. kita teroskan.

Tapi. bagi I (macam penting je) perempuan yang ade those two, matured and feminine di rumah dan di luar rumah. itulah yang layak dipanggil wanita. Okelah. Kita up. Wanita sejati. Haha. I tawu, tak semua perempuan yang tak matured, or tak feminine ni tak semestinya kita tak boleh gelar dorang wanita sejati, they are. In front of someone. But not in front of me. Pendapat manusia kan lain lain.

And now. Actually….emm……. sape yang taknak jadi wanita sejati kan?



So…. Em……. I rase la, I nak jadi wanita sejati. Hahahahahaha. oke Tutup mulut.

Saban hari asyik kena tegoq je ngan mak, ngan makcik, umor dah masok 18, tapi perangai macam budak budak. Berkejar sana sini ngan adik. Gelak nyanring cam hantu mengilai. Jiran rumah sebelah pon boleh dengar. Bertekak ngan budak kecik…Masak pon cara tak senonoh. Pemalas… oke. Cukuplah sesi memalukan diri. tutup mulut. 

That’s all. Azam saya : untuk menjadi gadis yang lebih matang dan keperempuanan dan bermaruah dan berselendang labuh dan berbaju labuh bila dah ada duit lepas ni. insyaAllah!

untuk maklumat lanjut kepada sesiapa yang berminat dengan ajaran saya ini, sila kunjungi link ini. terima kasih.

p/s: harini ni keluar jalan jalan kat Kota Bharu. kunun nak jadi dewasa la, pakai skirt, ngan tshirt masok dalam skirt macam stail sekarang punya pompuan, ngan selendang segala.. tapi heh! buat malu je. pi wakaf baru, pi pantai, pi tesco, orang pakai tshirt ngan jeans ja. aku ja yang dok lebeh lebeh..aduhaiiii