Monday, 2 January 2012

gelongsor hidup

melihat seseorang yang sangat penting yang menjadi lemah, seseorang yang sebenarnya selama ini menjadi tempat pergantungan kita tiada arah sudah.. apa agaknya persepsi kita tentang kehidupan?

kita selalu dengar bahawa dalam hidup ini siapa yang tidak ditimpakan ujian ke atasnya? siapa yang tak pernah susah? dan Allah pasti takkan beri kita ujian yang kita tak mampu tanggung. walaupun kita sendiri rasa kita tak dapat tanggung, tapi hakikatnya kiita still hadapi hidup ini walaupun jiwa dan mental semakin rasa tak stabil dan semakin lama semakin 'tak betul'.

bila family aku diuji, bila kitaorang ditimpa masalah bertubi tubi, tak berhenti henti.. ujian yang aku rasa sangat berat. yang memang tak pernah dirasa oleh kitorang. and, sape yang akan percaya kalau aku cerita?



aku pernah dengar banyak masalah kawan kawan aku, maksud aku masalah yang memberi kesan yang mendalam dalam hidup masing masing, masalah seperti family broken, family member yang ada penyakit macam schizo (aku tak tahu macam mane nak eja). but of course, our problems.. tak banyak. and tak penting, macam masalah study, couples, rasa terkongkong.. bila difikirkan balik, semua tu sebenarnya masalah yang sangat kecik, yang aku rasa macam bloody membazir masa je untuk kita layan sume masalah masalah kacang begitu..

but masalah yang aku rasa yang sangat mengganggu ialah masalah family. aku tak hairan kalau ada yang kata mereka tak pernah ada masalah family. yelah, family lain lain..

and right now, masalah ini, masalah yang aku dan keluarga aku tengah hadapi, yang aku rasa parents aku memang tak larat sudah untuk menangungnya ini adalah masalah yang paling besar pernah kami hadapi. masalah yang akan melarat larat ataupun akan berhenti tak lama lagi dengan satu tragedi. tak siapa tahu masa hadapan or else they would be crazy.

melihat orang yang selama ini telah membesarkan kita, melihat riak mata mereka yang seolah olah meminta maaf kepada kita atas apa yang terjadi. agaknya apa yang akan kita rasa?

apabila mereka sudah tidak ada lagi daya untuk berjuang dalam hidup, sudah menemui jalan mati dan sudah tidak ada lagi semangat untuk menebuk mana mana lubang untuk terus mencari haluan, agaknya apa yang akan kita rasa?

hidup memang ada banyak turning point. sebab itulah orang kata kadang kadang kita kan berada di atas, kadang kadang kita akan berada di bawah, di bawah sampai kita sudah tidak ada apa apa lagi.

aku faham itu. dan apa lagi yang aku boleh buat untuk membetulkan semula keadaan ini? aku tak boleh buat apa apa. dan perasaan menjadi orang yang tak boleh buat apa apa ini sangat menyeksakan. aku takkan sanggup untuk menjadi penonton sahaja.. but how?

now, we may not be anyone, we lost everything, we have nothing. but i dont mind. as long i have my family. all of them. because i love them so much even if i hate them badly.

the 360 degrees change of my life maybe makes people look us down , but i dont care baybe! cuz one day, i'll make sure they are happy. my parents are happy. these words are not just words but a promise:)
time will decides. i pray to u god to take us away from the tragedy, to give us way..

p/s: mood nak maen aku kau. so, laen kali pulak la maen gedix i u yee
btw, happy new year..