Monday, 5 March 2012

cinta pudar

cinta. cinta memang boleh buat semua orang gila. cinta melemahkan  kewarasan akal dan fikiran. tapi. adakah ini yang dinamakan cinta sejati? boleh jadi..

satu perasaan. yang kita rasa bila kita tengok seseorang. bila kita tenung mata dia. perasaan itu..macam mana caranya untuk kita tahu sama ada itu betul betul cinta ataupun mainan hati?

kadang kadang kita suka dia sebab kita bosan dan keseorangan. kita perlukan seseorang.
kadang kadang kita suka dia sebab kita rasa bahagia dan terhibur bila bersamanya.
kadang kadang kita suka dia untuk melupakan yang dulu.
kadang kadang kita suka dia sebab macam macam.
tapi macam mana caranya untuk kita pastikan suka yang mana adalah cinta? cinta sejati.

i ada satu persoalan. yang bila orang kata cinta boleh pudar mengikut waktu. banyak cerita yang i dengar tentang cinta yang pudar. kita bosan. ada kenyataan saintifik tentang itu. dan ada bukti kisah sebenar tentang itu dimana i sendiri pernah alaminya. hati yang jadi tawar. tawar mengikut waktu.

persoalannya kenapa? kenapa cinta tu pudar? is it normal? memang betul ke realiti cinta tu memang akan pudar suatu saat nanti? mengikut saintifik, pudar sebab hormon. jadi, jika kerana hormon, setiap cinta memang akan pudar kah? (ek?) bagaimana pula dengan cinta terhadap keluarga? konsep cinta itu adalah sama. tiada beza. jadi, apa pula kenyataan yang dapat membuktikan cinta kita terhadap ibu kita akan pudar juga satu hari nanti?

jika dikatakan ada kaitan dengan hormon juga, memang benar. tetapi, setakat itu sajakah cinta? bagaimana pula dengan pasangan pasangan yang sudah berpuluh tahun hidup bersama?

jadi, apa yang i rasa disini, pasangan pasangan yang putus sebab bosan dengan alasan sudah tiada perasaan terhadap pasangan tu sangat bodoh. kerana itu bukan alasan yang kukuh. bosan kerana penat. penat berpura pura . pura pura bahagia. pura pura cintakan dia. dan alasan yang paling tepat sepatutnya dia bukan jodoh u. sebab u langsung tak dapat memupuk rasa cinta supaya lebih menggebu. u tak bagi peluang kepada diri u untuk saling melengkapi. u tak bertolak ansur, untuk terima dia. terima kelemahan dia. dan itu bukan cinta sejati.


dan apa apa teori saintifik yang telah membuktikan bahawa cinta itu pudar kerana hormon, bagi i tidak releven dan tidak dapat digunakan untuk menyelesaikan apa apa masalah tentang cinta.


unbelievers think that love grows wear over time due to mutual boredom and a loss of enthusiasm.of course, many relationships end this way among the unbelievers. for their love war based upon falsity and was never true. in true love, time always plays a positive role, for it enables each person to better appreciate the other's compassion, mercy, generosity, consideration, self-sacrifice, and other good qualities. their love grows stronger over time,  as their personalities, moral understanding, and attitudes develop toward perfection. -Harun yahya


p/s: cinta memang sesuatu yang rumit dalam hidup kita. tetapi kadang kadang cinta itu hanya sesimple A,B,C..